Pelakon sedang meningkat naik Iqram Dinzley, 33, didakwa menjalinkan hubungan songsang di sebuah kelab malam di London November tahun lalu oleh sebuah laman blog hiburan. Iqram yang mengetahui tentang perkara tersebut mengakui terkejut dituduh sekali lagi dan menafikan gambar individu yang dimaksudkan disebarkan itu ialah dirinya.
Semalam gosip ini timbul ekoran ada sumber memberitahu yang pelakon ini telah memuat naik foto yang menimbulkan syak wasangka peminat. Selain itu, mesej yang didedahkan juga mengandungi perkataan yang berbaur lucah.
Beliau turut memberitahu bahawa ada pihak tertentu yang cuba melakukan sabotaj. Bagaimanapun, Iqram tidak menolak pernah mengunjungi kelab malam berkenaan. Dia juga menegaskan tidak salah untuk bergambar dengan rakan sendiri.
Sumber : gosipsaja.blogspot.com
0 Response to "Reaksi Iqram Dinzley didakwa jalin hubungan songsang di London"
Post a Comment