Hot !

Punca Sebenar Kereta Peronda Kemalangan


Kulai : Seorang anggota polis cedera selepas kereta peronda dipandunya dilanggar sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 2.6 Lebuhraya Senai-Desaru, di sini, jam 4 petang tadi.



Punca sebenar peronda kemalangan, info, terkini, berita, peronda kemalangan,



Sebelum itu, anggota polis berkenaan dan rakan setugasnya baru selesai menahan dan menyaman sebuah van kerana melakukan kesalahan lalu lintas.


Ketika kejadian kereta peronda dan van berkenaan dikatakan berhenti di laluan kecemasan.


Bagaimanapun, ketika anggota polis berkenaan masuk ke kenderaannya untuk meneruskan rondaan sebuah lori menuju ke Senai melanggar sebelah kanan belakang kereta peronda itu.



<



Kejadian itu menyebabkan anggota polis berkenaan yang juga pemandu kenderaan terbabit terhentak dan mengalami kecederaan di kepala, manakala rakannya tidak cedera.


Sumber : newsmediahunterzzz.blogspot.com

 


 

0 Response to "Punca Sebenar Kereta Peronda Kemalangan"

Post a Comment