Hot !

Penyamar Polis Di Tangkap Khalwat


KOTA BHARU – Seorang lelaki bertindak menyamar sebagai anggota polis ketika ditahan sepasukan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK) atas kesalahan berkhalwat.



Penyamar Polis Di Tangkap Khalwat, info, terkini, berita, khalwat



Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan pada 6.45 pagi semalam di sebuah rumah di Kampung Sireh di sini.


 


“Suspek mengatakan beliau adalah anggota polis dan bertindak menunjukkan kad kuasa berwarna putih berlambang polis yang dibalut plastik lut sinar yang tergantung pada lehernya.

“Suspek menyamar bagi mengelakkan dia ditahan atas kesalahan berkhalwat dengan seorang wanita,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Turut ditemukan sepasang gari dan dua buah walkie-talkie dan suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, katanya.

Idris berkata suspek ditahan reman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barang-barang yang dibekalkan kepada pegawai polis, lapor Bernama.


sumber

0 Response to "Penyamar Polis Di Tangkap Khalwat"

Post a Comment