KOTA KINABALU – Sebanyak 451 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Tanduk yang dijalankan di daerah Kota Marudu dan Kudat Sabtu lepas.
Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata daripada jumlah itu, 258 ditahan di Kudat dan 193 di Kota Marudu.
Suhaimi berkata, operasi bersepadu tersebut melibatkan 77 anggota dari Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara.
“Sepanjang Ops Tanduk yang telah dijalankan tahun ini, seramai 3,611 PATI ditangkap yang mana 2,577 daripada jumlah itu adalah warga Filipina, Indonesia (713) dan lain-lain seramai 321 orang,” katanya.
Beliau juga berkata seramai 5,427 PATI masih ditahan di tiga Pusat Tahanan Sementara (PTS) iaitu di Tawau, Sandakan dan Papar. – BERNAMA
0 Response to "Ops Tanduk: 451 Pati Ditahan Di Kota Marudu, Kudat"
Post a Comment