Hot !

Neelofa bakal berhijrah?

Pelakon dan pengacara jelita, Noor Neelofa Mohd Noor dilaporkan bakal berhijrah apabila dia dilihat kerap menghadirkan diri ke majlis ilmu agama lewat kebelakangan ini.

Neelofa bakal berhijrah?, info, terkini, hiburan, pelakon dan pengacara,

Neelofa memberitahu kepada sebuah media hiburan tempatan, dirinya amat gemar sekali kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesan positif dalam diri dan memilih untuk mendekatkan diri dengan majlis keagamaan.

Walaupun dirinya tidak layak bercakap mengenai agama mahupun menjadi panel jemputan dalam forum, namun perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berbuat demikian.

"Saya suka dengar ceramah dari dulu lagi dan kerap pergi ke majlis ilmu bersama rakan-rakan. Saya tahu ada yang suka menilai saya sebab itulah saya tak suka hebahkan kepada umum kerana merasakan ia tidak perlu.

"Cuma kebelakangan ini beberapa teman memuat naik gambar-gambar saya di Instagram dan membuatkan ramai yang menilai saya,"ujarnya.

Pelakon yang dikaitkan dengan Hans Isaac ini mengakui menerima jemputan sebagai panel di sebuah forum namun ia berkaitan dengan bidang perniagaan dan tidak langsung memberikan pandangan mengenai hal keagamaan kerana dirinya belum arif.

Ditebak mengenai perihal berhijab, Neelofa mahu berusaha sedikit demi sedikit sebelum dirinya benar-benar bersedia untuk berhijab dan ingin berubah ke arah kebaikan.

Menjelang bulan Ramadan tahun ini, dirinya terpaksa memilih tawaran kerja kerana mahu mengosongkan jadual pada bulan puasa bagi memastikan dirinya dapat menumpukan ibadah dalam bulan yang penuh barakah itu.

Selain menceburi bidang perniagaan produk kesihatan dan kecantikan, pengacara "Meletop" ini juga membekalkan tudung dari Labenon jenama Bokitta serta menjual telekung dan kanta lekap menggunakan jenama Lofa Lens.

Sumber : tupai.com.my

0 Response to "Neelofa bakal berhijrah?"

Post a Comment