Seorang tokoh perniagaan yang dianggap antara orang terkaya di Australia semalam didenda A$500 (RM1,510) selepas dia didapati bersalah bergaduh dengan eksekutif kanan sebuah stesen televisyen negara itu.
Dalam pergaduhan berprofil tinggi di sebatang jalan di sebuah pusat peranginan eksklusif di pinggir bandar raya Sydney itu, James Packer dilihat bertumbuk dengan Ketua Eksekutif Nine Entertainment, David Gyngell berhampiran apartmen mewah di Pandai Bondi.
Pergaduhan berlaku pada Ahad lalu.
Jurucakap polis New South Wales berkata, siasatan dijalankan selepas media dan orang ramai mengkritik kejadian itu.
“Packer dan Gyngell diberi notis dan diarah menjaga tingkah laku masing-masing.
“Mereka boleh membayar saman polis atau mencabarnya di mahkamah,” katanya.
Menurut jurucakap itu, polis menimbangkan kemungkinan mengenakan tuduhan lebih serius kepada kedua-dua individu terbabit.
Jika disabitkan kesalahan atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam, Packer dan Gyngell boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.
Gambar selepas pergaduhan itu menunjukkan mata kiri Packer hitam kerana lebam.
Gyngell pula mengeluarkan kenyataan mendakwa dia pergi ke rumah Packer dalam keadaan “marah.”
Seorang jurugambar yang merakamkan aksi pergaduhan itu pula memperoleh bayaran lebih AS$200,000 (RM645,700) selepas menjualnya kepada pihak media. MYMEDIAHUB
0 Response to "JUTAWAN DIDENDA RM1500, JURUFOTO DAPAT RM645,700"
Post a Comment