Hot !

Isteri Pilihan Hati Shaheizy Sam


Aktor popular, Shaheizy Sam memberitahu bahawa dirinya selesa jika wanita yang bakal dikahwininya merupakan insan yang bukan dikalangan selebriti dan tidak berlagak seperti seorang diva.



 Isteri Pilihan Hati Shaheizy Sam, info, hiburan, pelakon,



Sam yang bakal menginjak usia 32 tahun pada 4 September depan mengakui dia sudah pun bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan tetapi masih belum mempunyai calon isteri mahupun kekasih hati.

 



Menurut laporan media tempatan, Sam menetapkan ingin mengenali hati budi wanita yang ingin dikahwininya kelak terlebih dahulu serta tidak akan memilih sebarangan orang untuk menjadi suri rumah tangganya.

"Kita mahu hidup bersama sampai tua dan kalau boleh sehingga hujung nyawa, jadi kalau boleh mestilah nak cari calon yang elok sebagai isteri," ujarnya.

Selain itu, Sam mendedahkan ciri wanita yang paling tidak disukainya adalah wanita yang suka berlagak persis seorang diva.

Merasakan berkahwin dengan golongan selebriti sukar untuk kedua pihak meluangkan masa bersama, Sam redha jika jodohnya dalam kalangan orang seni dan akan cuba menukar kerjaya seperti melibatkan diri dalam perniagaan selepas berkahwin.

Pelakon yang pandai memasak ini turut merupakan seorang yang ringkas dan tidak kisah jika isterinya nanti tidak pandai memasak kerana dirinya boleh melakukan tugas tersebut.






Dalam perkembangan lain, Sam baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul "Gol" terbitan Red Communication dan turut dilantik sebagai duta terbaru produk sos dan kicap jenama Mahsuri.


Sumber : tupai.com.my

 

0 Response to "Isteri Pilihan Hati Shaheizy Sam"

Post a Comment