Disaat anak-anak meraikan Hari Ibu yang jatuh pada 11 Mei, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mendapat perkhabaran buruk apabila ibu kesayangannya, Sabariah Ahmad, 56, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi Ahad akibat sesak nafas.
Menurut tunangnya, Azmi Hatta ketika dihubungi mStar Online, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Nusa Putra, Puchong Perdana dekat sini.
Ibu pelakon itu dilaporkan turut menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi namun keadaannya tidak kronik.
Pihak mStar Online juga tidak berjaya mendapatkan kenyataan daripada eLLY kerana sedang berada dalam keadaan terkejut dan sedih atas pemergian ibu kesayangannya itu.
mStar Online mengucapkan salam takziah kepada Elly dan keluarga atas pemergian ibunda tercinta. Al Fatihah -mStar
0 Response to "Ibu Elly Mazlein meninggal dunia"
Post a Comment