Hot !

Fesyen Fouziah Gous Tampil Dengan Rambut Blonde & Mini Skirt


Melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan pada bulan September tahun lalu, Fouziah Gous boleh dikategorikan sebagai seorang pelakon yang kurang dihambat dengan kontroversi.



hiburan, isu hangat, pelakon, gambar fouziah gous di edit, Fesyen Fouziah Gous Tampil Dengan Rambut Blonde & Mini Skirt




Bagaikan masih berada dalam musim bulan madu, foto-foto yang dikongsi oleh pelakon cantik itu sering berkisarkan kehidupannya dengan suami tercinta, Md Zhafran Md Yusof.




 


Namun, agak terkejut juga OHBULAN! apabila terlihat sekeping foto wanita berwajah Fouziah yang berambut ‘blonde’ dan memakai ‘mini skirt‘ di laman Instagramnya semalam.






hiburan, isu hangat, pelakon, gambar fouziah gous di edit, Fesyen Fouziah Gous Tampil Dengan Rambut Blonde & Mini Skirt
Foto yang dikongsi oleh Fouziah Gous di laman Instagramnya



Sekali imbas, pasti ramai yang akan menyangka bahawa foto mengiurkan itu adalah foto Fouziah. Bagaimanapun, setelah membaca caption dan komen orang ramai, rupa-rupanya foto tersebut telah diedit oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tidak mudah melenting, pelakon itu dilihat bersikap profesional dan tidak mahu memperbesarkan perkara itu, malah menjadikan foto itu sebagai bahan jenaka.

Di zaman teknologi serba canggih kini, ada juga pihak yang gemar menyalahgunakan kemahiran mereka untuk perkara tidak berasas seperti ini bukan? Tapi, apa agaknya motif sebenar si tukang edit gambar ini ya?




 









Siumber : ohbulan.com

 

0 Response to "Fesyen Fouziah Gous Tampil Dengan Rambut Blonde & Mini Skirt"

Post a Comment