Hot !

Emma Maembong Sudah pasang syarat?


Ada teman mengadu kepada Miss J bahawa sekarang ini Emma Maembong sudah tidak memakai baju yang mendedahkan untuk sebarang sesi fotografi.



Emma Maembong Sudah pasang syarat?, hiburan, info, pelakon jelita, terkini





Pelakon ini juga meletakkan syarat pakaian yang sopan jika mahu mengundang dia menjayakan sesi fotografi. Kalau syarat ini tidak dipenuhi, dia tidak akan bekerjasama.




 



Baguslah tindakan Emma. Miss J puji dalam bab itu sebab banyak artis wanita tidak berani menyuarakan pendapat mereka. Maklumlah kebanyakan artis yang ada bimbang 'suara' yang dilontarkan itu disalah tafsir oleh segelintir pihak. Malah sesetengah artis kita memang sudah mendedah tubuh hingga memalukan mak bapa di kampung.

Banyak yang sudah bertukar menjadi mat salih dalam bab berpakaian hingga lupa kepada asal usul yang sangat prihatin dalam soal berpakaian.

Kita perlu menyokong pendirian artis seperti Emma. Memanglah akan ada yang kata, kalau selama ini boleh saja merakam gambar pakai baju tak berlengan dan pamer di Instagram tapi tiba-tiba untuk rakaman sesi fotografi jadi lain, langsung tak boleh.

Mungkin juga ada yang kata, kalau difikirkan apa bezanya kedua-dua situasi tersebut?. Tetapi Emma perlu bertegas supaya mereka yang berfikiran sekular tidak berjaya menindas artis yang mahu berubah seperti Emma. Siti Nurhaliza dulu pun apa yang wartawan hiburan tak kata tetapi tengok sampai sekarang dia tetap dengan pendiriannya.






Artikel Penuh: utusan.com.my

 

0 Response to "Emma Maembong Sudah pasang syarat?"

Post a Comment