Hot !

DIPAKSA BERBIKINI & BERAKSI TARIAN GELEK



KUALA LUMPUR - Kegiatan sebuah pusat pelacuran yang menyediakan sekumpulan wanita warga asing hanya berbikini dan kemudian beraksi tarian gelek sebelum melayan pelanggannya di ranjang, terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin.

Pelacur warga asing itu dipercayai dipaksa berbikini dan berbaris di depan pelanggan untuk dipilih.

Serbuan dilakukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang diketuai Inspektor Mohammad Mohd Jais selepas melakukan risikan selama seminggu.

Mohammad berkata, dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, 10 wanita warga Vietnam berjaya diberkas.

Menurutnya, premis yang berselindung di sebalik pusat refleksologi itu beroperasi seawal jam 12 tengah hari hingga lewat pagi.

“Beberapa pasangan sedang melakukan seks ketika serbuan, bayaran khidmat seks dikenakan kira-kira RM200. Dipercayai mereka mendapat pelanggan seramai lapan orang sehari dengan pendapatan mencecah RM500 ringgit,” katanya.

Menurutnya, polis turut menemui sejumlah wang tunai, kondom dan alatan seks.

“Seorang penjaga premis berkenaan turut ditahan, Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor Sinar Harian.

sumber

0 Response to "DIPAKSA BERBIKINI & BERAKSI TARIAN GELEK"

Post a Comment