Hot !

BAYI TIDAK BERGERAK DALAM BUAIAN, TERDESAK SUSU DI RUMAH PENGASUH



BUKIT MERTAJAM – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan mati dipercayai tersedak susu di rumah pengasuhnya di Taman Impian Ria, Machang Bubuk di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Kanan Mazlan Kesah berkata, Muhammad Hakimi Mohd Arsyad dihantar ibunya ke rumah pengasuh dalam keadaan baik pada 6.30 pagi.

“Tidak lama selepas itu, wanita pengasuh bayi itu mendapati Muhammad Hakimi yang ditidurkan dalam buaian tidak bergerak dan dia cuba memberi bantuan kecemasan.

“Bagaimanapun, bayi itu tetap tidak bergerak menyebabkan pengasuh itu membawa Muhammad Hakimi ke Klinik 1Malaysia di Alma sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pengasuh itu kemudian menghubungi bapa bayi berkenaan, Mohd Arsyad Ahmad, 27, pada 10.35 pagi untuk memaklumkan kejadian berkenaan, lapor Bernama.

sumber

0 Response to "BAYI TIDAK BERGERAK DALAM BUAIAN, TERDESAK SUSU DI RUMAH PENGASUH"

Post a Comment