Hot !

BAYI LELAKI 6 BULAN MAUT AKIBAT LEMAS TERBELIT DALAM SELIMUT LEBIH SEJAM DI RUMAH PENGASUH



Putrajaya: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai lemas selepas terbelit selimut lebih sejam di rumah pengasuhnya di Presint 9 di sini, hari ini.

Difahamkan, bayi terbabit, Ammar Arsyad Ahmad Zafwan sempat dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan, namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 5.10 petang tadi di hospital berkenaan.

Sumber berkata, bayi terbabit dihantar bapanya, Ahmad Zafwan Sulaiman, 32, ke rumah pengasuhnya, 7.15 pagi hari ini dalam keadaan baik.

"Kira-kira sejam selepas itu, bapanya menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan Ammar Asyraf lemas dalam selimut.

"Bapanya bergegas ke rumah pengasuh dan tiba di sana jam 8.25 pagi untuk mengambil bayinya dan dibawa ke hospital," katanya.

Katanya, ketika dalam perjalanan ke hospital, bayi terbabit dalam keadaan lemah dan kebiruan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisionar Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Harian Metro

sumber

0 Response to "BAYI LELAKI 6 BULAN MAUT AKIBAT LEMAS TERBELIT DALAM SELIMUT LEBIH SEJAM DI RUMAH PENGASUH"

Post a Comment