Hot !

Arja Lee Skandal Dengan Tunangan Orang?


Sebelum ini kami pernah berkongsi kepada pembaca mengenai hubungan cinta pelakon Arja Lee dengan Shima Anuar. Dia sendiri cukup berterus-terang mengenai perkara itu kepada pihak media.



Arja Lee Skandal Dengan Tunangan Orang?, gossip, skandal Arja Lee, hiburan, pelakon, info, kontroversi



Entah macam mana tiba-tiba timbul pula desas-desus yang mengatakan Arja menjadi punca putusnya pertunangan seorang penyanyi baru, Indah Ruhaila yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 10.

 


Khabar itu juga seolah-olah menggambarkan Arja bermain kayu tiga dengan kekasihnya.


Menerusi portal hiburan GUA, pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya perkara itu dan menyatakan hubungannya dengan Indah adalah atas dasar kerja sahaja.

Dalam AF10, Indah merupakan peserta wanita paling berusia dan jarak usia kami tidak jauh. Mungkin sebab itu saya mudah rapat dengannya dan kami mudah untuk berbincang tentang kerja.

"Saya baru nak menjalinkan hubungan dengan Shima. Fasa hubungan kami masih baru dan saya tak mahu terlalu terbuka bercakap tentang hubungan ini. Tapi antara saya dengan Indah memang tiada isu peribadi," katanya.


Dengan penjelasan itu, rasanya tidak wajar jika ada pihak yang cuba mengaitkan Arja dengan Indah lagi.



Sumber : ohdunia.my

 

0 Response to "Arja Lee Skandal Dengan Tunangan Orang?"

Post a Comment