Hot !

Video: Emma Maembong Buat Kejutan Hari Jadi Zizan Ke-30



Nampaknya, selepas masing-masing mengaku bercinta, Emma Maembong

dan Zizan Razak lebih bersikap terbuka dan sering memuatnaik foto-foto

mesra mereka di laman sosial bagi tatapan peminat.




Terbaru, gadis kacukan Melayu-Scotland ini telah membuat kejutan sempena

ulang tahun Zizan yang ke-30 bersama peminat-peminatnya.







Melalui laman Instagram kelab peminat Zizan, difahamkan kejutan ulang tahun in advance yang dibuat di Restoran The Malt & Leaf  ini telah

dihadiri oleh ahli keluarga Emma serta peminat setia Zizan.



Namun, apa yang mencuri perhatian kami apabila sekeping foto yang dimuat

naik menunjukkan Zizan memeluk seorang wanita iaitu ibunya di majlis 

tersebut. Wah, bijak sungguh Emma mengambil hati bakal ibu mertua.








Ibu Zizan turut diundang kemajlis hari lahir tersebutSelain menjemput insan

teristimewadalam hati Zizan, Emma turut menyanyikan lagu 

‘You Are My Sunshine‘ buat kekasihnya itu dan mengungkap kata-kata

 I Love You khas buat Zizan.



Mengaku sudah, menyanyi pun sudah, jadi bila lagi Zizan dan Emma 

akan ke jinjang pelamin? Sama-sama la kita nantikan dan doakan yang 

terbaik buat pasangan ini.Selamat Hari Jadi Zizan Razak!












Video Zizan Razak ulang tahun ke-30"







 


0 Response to "Video: Emma Maembong Buat Kejutan Hari Jadi Zizan Ke-30"

Post a Comment