Hot !

Van Gaal Pengurus Baharu United?

PEGAWAI kanan Manchester United kini dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan Louis van Gaal bagi membawa pengurus Belanda itu menggantikan David Moyes selepas kempen Piala Dunia.


Van Gaal yang akan meninggalkan pasukan Belanda selepas saingan Piala Dunia dilaporkan akan menjadikan Liga Perdana Inggeris sebagai platform seterusnya dalam karier sebagai seorang pengurus bola sepak.


van


Tottenham sebelum ini dikatakan akan membawa Van Gaal sebagai pengurus baharu pasukan itu, namun media Belanda melaporkan United telah memulakan langkah pertama dengan mengadakan perbincangan dan penawaran.


Wakil keluarga Glazer, Joel Glazer yang juga sebahagian pemilik kelab telah mengetuai rundingan dengan Van Gaal sebagai usaha menyelesaikan masalah yang dibawa Moyes sepanjang musim ini.


Glazers juga dilaporkan bersedia melabur sebanyak £200 juta bagi membentuk semula skuad United berikutan musim yang mengecewakan akibat daripada perancangan Moyes – Mstar Online

0 Response to "Van Gaal Pengurus Baharu United?"

Post a Comment