Hot !

Susulan Tragedi: Bas Ekspress Baru Diwajibkan Mempunyai Tali Pinggang

Bas ekspres baru akan diwajibkan memasang tali pinggang keledar di setiap tempat duduk penumpang.


Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, langkah itu bertujuan memastikan keselamatan semua penumpang bas ekspres terjamin. 


 



Susulan Tragedi: Bas Ekspress Baru Diwajibkan Mempunyai Tali Pinggang



Beliau berkata, bas yang ada sekarang ini mempunyai tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk barisan depan dan pemandu. 


Ab Aziz dalam sidang media selepas melancarkan bas baru syarikat SKS di sini berkata, cadangan baru itu tidak membabitkan bas ekspres sedia ada kerana ia akan membabitkan penambahan kos terhadap syarikat bas.


Bagaimanapun, katanya kementerian sedang mengkaji untuk mewajibkan setiap bas ekspres bagi memasang tali pinggang keledar di setiap tempat duduk penumpang dalam tempoh lima tahun ini.


Sumber : Metro

0 Response to "Susulan Tragedi: Bas Ekspress Baru Diwajibkan Mempunyai Tali Pinggang"

Post a Comment