Hot !

Suami Durjana Paksa Isteri Hisap Syabu Dan Layan Nafsu Serakah 5 Lelaki













Kuala Lipis – Tempoh lima hari tinggal di dalam ‘neraka buatan suami’ cukup

menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu

sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120

setiap seorang.



Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa 

suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum 

bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menung-

gu untuk menjamah tubuhmangsa.



Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub

bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu 

untuk membeli syabu.



Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan

kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan

untuk menyara keluarga.



Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, 

selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa  melayan nafsu

lima lelaki terbabit  selepas  mereka semua membuat pembayaran.



Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa ‘disajikan’ kepada lima lelaki

terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas

kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan.




Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis

daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis 

menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang

daripada suspek di Benta, petang kelmarin.



“Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal

 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk

 menyara kehidupan termasuk membeli syabu,” katanya.



Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak

lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang

mangsa tanpa belas kasihan.



Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini,

untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima

tahun kini dijaga ibu mentuanya.



Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu

dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya, lapor myMetro.













sumber:isulagi.blogspot.cm

0 Response to "Suami Durjana Paksa Isteri Hisap Syabu Dan Layan Nafsu Serakah 5 Lelaki"

Post a Comment