Hot !

"Isteri saya menjual tudung, bukan menjual skirt pendek" - Fizo Omar

Susulan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan segelintir peminat terhadap Mawar hanya kerana tidak berpuas hati dengan rekaan tudung Fareeda, Fizo Omar tampil mempertahankan isterinya.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, dia berhak bersuara bagi menjelaskan tuduhan yang boleh menjejaskan imej, kredibiliti dan perniagaan isterinya kerana statusnya sebagai suami dan Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources.

"Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah.

"Isteri saya menjual tudung... bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung."


 





Tambah Fizo, beliau begitu sedih dengan tindakan pihak-pihak berkenaan yang turut mengecam Mawar di laman sosial miliknya setiap kali dia memuatnaik gambar mesra mereka berdua.


"Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif. Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya."

Dalam pada itu, Fizo turut menjelaskan bahawa jenis tudung yang dipakai isterinya hanya salah satu daripada lebih 20 jenis rekaan tudung yang ada dijual di butik Fareeda dengan pelbagai saiz dan corak.

"Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka. Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh."

Ditanya tentang reaksi Mawar selepas dikecam teruk peminat, Fizo memberitahu isterinya tidak pernah mempedulikan sebarang tohmahan di laman-laman sosial kerana lebih fokus kepada perniagaan dan tidak mahu terjebak dengan pertelingkahan dengan peminat yang tidak menguntungkan.

"Dia tidak ada Facebook, Twitter dan Instagram. Yang ada sekarang semua saya. Yang jaga (akaun laman sosial) itu juga saya kerana dia tidak ada masa. Saya sangat kagum dengan usaha gigih isteri saya kerana dia berjaya menjadikan jenama Fareeda sehingga terkenal di Malaysia."

0 Response to ""Isteri saya menjual tudung, bukan menjual skirt pendek" - Fizo Omar"

Post a Comment