Hot !

Respon Erra Fazira isu Engku Emran mahu rujuk semula











Respon Erra Fazira isu Engku Emran mahu rujuk semula - Beberapa hari lepas, 

Engku Emran menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik satu status 

panjang lebar yang menyatakan hasratnya ingin merujuk semula Erra Semula 

selepas genap sebulan bercerai.

Di sebalik status itu, Engku Emran turut mencipta hastag #prayformomandayah 

yang diabadikan pada baju-T anaknya, Engku Aleesya. Bagaimanapun, hasrat 

Engku mungkin tinggal hanya kenangan apabila Erra memberitahu sudah tawar 

hati dengan bekas suaminya.


Sehubungan dengan itu, aktres berusia 40 tahun itu meminta orang ramai dan 

Engku untuk menghormati privasinya. Kata Erra, tiada ibubapa yang tidak 

mahu membahagiakan anak

"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membaha-giakan anak. Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. 

Jangan desak saya."


Jelas pelakon itu, meskipun lebih dua juta pembaca mendoakan agar mereka 

dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya 

dengan Emran.


"Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan 

doakan saja yang terbaik."















sumber:isulagi.blogspot.com

0 Response to "Respon Erra Fazira isu Engku Emran mahu rujuk semula"

Post a Comment