Hot !

Penculikan Di Semporna: Satu Cubaan Keruhkan Hubungan Malaysia Dengan China

Malaysia tidak menolak kemungkinan bahawa kes penculikan terbaru di sebuah resort di Semporna, Sabah merupakan tindakan yang disengajakan untuk mengeruhkan hubungan negara dengan China.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, salah seorang daripada mereka yang diculik merupakan warga China, yang boleh mengeruhkan lagi situasi tegang melibatkan negara itu, berikutan tragedi MH370.


Penculikan Di Semporna: Satu Cubaan Keruhkan Hubungan Malaysia Dengan China


Penculikan Di Semporna: Satu Cubaan Keruhkan Hubungan Malaysia Dengan China



“Ini perlu dielakkan. Mungkin ada pihak yang cuba untuk mengeruhkan hubungan kita dengan China. Mereka mungkin cuba untuk mengambil kesempatan daripada keadaan ini,” kata Najib, selepas menghadiri mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Australia, Tony Abbott di Pejabat Parlimen Komanwel di sini Khamis.


Najib berkata, beliau percaya hubungan dengan China akan terus kukuh walaupun berlakunya insiden terbaru itu.


Seorang pelancong dari China, dikenali sebagai Gao Hua Yun dari Shanghai, diculik dari Singamata Reef Resort di Semporna, bersama dengan seorang pekerja warga Filipina, Marcy Dayawan@Mimi, 40, pada Rabu.


Najib berkata, Kerajaan telah berhubung dan mendapatkan kerjasama dengan pihak berkuasa Filipina.


“Saya tidak menolak sebarang kemungkinan tetapi keutamaan sekarang adalah untuk membebaskan mangsa,” katanya.


Sebuah portal berita melaporkan bahawa kumpulan pemberontak Abu Sayyaf dipercayai bertanggungjawab dalam insiden penculikan itu.


Sumber tentera Filipina memberitahu Rappler.com bahawa dua wanita itu diculik oleh enam bekas anggota gerakan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang menyertai Abu Sayyaf.


Sumber : Mstar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "Penculikan Di Semporna: Satu Cubaan Keruhkan Hubungan Malaysia Dengan China"

Post a Comment