Hot !

Ngeri! Kaki Hancur Terperosok Dalam Mesin Menuai Padi

“Saya hanya ingat anak-anak, isteri ketika kejadian dan bertahan sekuat hati selama sejam bagi menahan ‘coupling’ dari terus makan kaki saya. Hanya ALLAH sahaja tahu betapa sakitnya,” kata Mahmud Ahmad, 49, di temui di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) dekat sini, semalam.


Ngeri! Kaki Hancur Terperosok Dalam Mesin Menuai Padi

Ngeri! Kaki Hancur Terperosok Dalam Mesin Menuai Padi


Katanya, ketika kejadian 6 petang pada Isnin (7 April), dia sedang bertukar tempat dengan seorang rakan dikenali dengan nama panggilan Pendek yang mahu mencuba membawa jentera mesin menuai padi itu di sawah kampung Padang Lalang.






“Waktu itu, enjin jentera masih berfungsi. Saya tidak menutup enjin jentera kerana sudah terbiasa. Bagaimanapun, semasa tukar tempat, tiba-tiba saya tergelincir dan kaki kanan termasuk ke dalam mesin hingga menyebabkan seluar jean dan kasut getah saya hancur.


“Daging kaki kanan saya turut hancur dari jari hinggalah ke paras lutut. Dalam keadaan panik itu, rakan saya tergamam dan cuba menarik kaki saya tetapi tidak boleh,” katanya jentera itu miliknya.


Menurutnya, Pendek kemudian bertindak menghubungi rakan yang lain untuk cuba membantu menarik keluar kakinya.


“Rakan lain ada cuba tarik dan menahan ‘coupling’ dari terus menelan kaki saya dengan menggunakan tukul besi seberat dua kilogram. Darah memancut-mancut keluar dari celah mesin. Saya hanya mampu bertahan ketika mereka berempat berusaha menarik keluar kaki saya. Selama sejam juga saya bertarung dalam kesakitan.


“Sejurus kaki saya berjaya di keluarkan. Rakan-rakan membawa saya ke Hospital Tunku Ampuan Najihah (HTAN) menaiki sebuah van.


Pada Selasa malam, pembedahan dilakukan untuk membuang sel-sel mati dan memasang dua besi bagi menggantikan dua jari kaki yang patah.


“Pembedahan itu dijalankan selama lima jam dari 11 malam hingga 3 pagi,” katanya bersyukur dirinya masih hidup dan kakinya tidak dipotong.


Sementara itu, Mahmud yang berasal dari Alor Setar, Kedah mengusahakan sawah padi di kampung itu sejak 10 tahun lalu.


“Saya berada di kampung ini untuk mengusahakan sawah padi seluas 45 hektar dan hasilnya dipasarkan ke Muar, Johor.


“Peristiwa ini merupakan insiden pertama kali berlaku sepanjang saya menceburi pertanian sawah padi lebih daripada 20 tahun,” katanya.


Isteri mangsa, Ratnadevitina Shuib, 32, berkata, ketika kejadian dia sedang menjemput anaknya, Khirjamil Mahmud, 14, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Juasseh.


“Saya telah dimaklumkan oleh anak buah (Norlaila Zahari, 17), yang datang ke sekolah bertemu saya memberitahu tentang insiden itu.


“Sejurus dimaklumkan, seluruh tubuh saya menggigil dan saya bergegas pulang ke rumah. Tiba di tempat kejadian, saya hanya perhatikan dari jauh kawan-kawan suami sedang berusaha mengeluarkan kakinya yang tersepit di mesin menuai padi,” katanya.


Tambahnya, dia berdoa agar suaminya segera sembuh kerana perlu menyara enam anak berumur dari empat tahun hingga 14 tahun dan masih bersekolah.


“Dan ketika ini saya juga sedang mengandung empat bulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Lalang, semalam.


Sumber : Sinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "Ngeri! Kaki Hancur Terperosok Dalam Mesin Menuai Padi"

Post a Comment