Luahan sedih isteri dan anak pramugara kanan MH370
Luahan sedih isteri dan anak pramugara kanan MH370 - Tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu begitu memilukan ahli keluarga setiap mangsa bukan sahaja penumpang malah anak kapal juga.
Mungkin tiada siapa yang dapat menyelami apa yang terbuku di hati setiap ahli keluarga mangsa namun beberapa luahan sedih yang dimuatkan dalam akhbar tempatan menggambarkan betapa hancurnya hati mereka kehilangan orang tersayang.
Sebelum ini, penulis pernah berkongsi artikel tentang luahan sedih isteri ketua pramugara dan Kapten Zaharie pesawat MH370. Kali ini, satu lagi luahan sedih penulis ingin kongsikan untuk menjadi tatapan kita bersama agar kita lebih faham perasaan pilu mereka.
Wan Swaid Wan Ismail yang merupakan pramugara kanan kepada pesawat MH370 meninggalkan isterinya, Nur Laila Ngah dan tiga anak tersayang dalam keadaan paling menyayat hati. Mari baca luahan hati mereka di bawah.
“Kami rindukan ayah. Daddy pendiam. Tak banyak cakap. Dia tak suka marah-marah.” - Anak sulung, Wan Amirul Haziq, 12.
“Orang yang pendiam kalau tak kenal tapi memang baik hati. Penyayang. Sebagai sahabat kepada saya jugak, dunia akhirat saya bersama dia dan dia bersama saya.“ - Isteri, Nur Laila Ngah
Sebak hati penulis membaca luahan pendek mereka. Lebih-lebih lagi kepada Nur Laila Ngah yang juga merupakan bekas bekas pramugari Penerangan Malaysia (MAS).
Untuk pengetahuan, Wan Swaid adalah anak bongsu dari sepuluh adik beradik yang berasal dari Pasir Mas, KelantanWan Swaid Wan Ismail yang merupakan bapa kepada tiga orang anak berkhidmat dengan MAS sejak 1995.
0 Response to "Luahan sedih isteri dan anak pramugara kanan MH370"
Post a Comment