Hot !

Luahan sayu DS Rosmah Mansor buat adik Syed Saifullah

Luahan sayu DS Rosmah Mansor buat adik Syed Saifullah - Kontroversi kenyataan kurang bijak dan gambar edit wajah DS Rosmah Mansor yang dipadankan dengan rangka haiwan menjadi punca pemilik akaun facebook Syed Saifullah ditahan polis semalam.



Syed Saifullah seorang lelaki berusia 25 tahun dan bekerja di sebuah kedai dobi telah ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi. 



Beliau direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.



Di sebalik penahanan itu, Datin Seri Rosmah Mansor sempat membuat luahan sayu yang datang dari naluri seorang ibu dan ditujukan khas kepada Syed Saifullah. Kata isteri perdana menteri itu, dia sudah memaafkan perbuatan Syed dan berharap lelaki itu kembali ke pangkal jalan.





0 Response to "Luahan sayu DS Rosmah Mansor buat adik Syed Saifullah"

Post a Comment