Hot !

Kisah sebenar kenapa Bella Dally terbuka hati berhijab

Kisah sebenar kenapa Bella Dally terbuka hati berhijab - Umum mengetahui pelakon sedang meningkat naik, Bella Dally telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sejak Rabu lalu.

Ini dibuktikan dengan beberapa keping gambar Bella bertudung yang dimuatnaik olehnya di akaun Instagram serta memadam kesemua foto-foto yang berimej seksi.

Ekoran berita mengejut tersebut, wartawan Utusan segera menghubungi pelakon berdarah kacukan itu untuk mendapatkan kepastian samada perkara tersebut benar-benar berlaku atau sekadar lakonan dalam drama.



Mari baca penjelasan panjang lebar Bella di bawah tentang bagaimana hatinya tiba-tiba terbuka untuk berubah ke arah kebaikan sehingga memilih untuk berhijab dalam sekelip mata.

"Sejak awal tahun lagi, Bella memang berhasrat untuk berhijab tetapi niat tersebut terpaksa ditunda memandangkan terlibat dalam penggambaran sebuah drama yang membawakan watak gadis tanpa tudung.

?Jadi, nanti saya tak nak orang kata sekejap bertudung, sekejap sudah hilang tudung. Lebih baik saya selesaikan dahulu penggambaran tersebut dan menetapkan pendirian saya. Isu pakai tudung ini bukannya sesuatu yang boleh dibuat suka-suka, tetapi perlu ikhlas dan berkekalan.

?Dua minggu lalu, selepas penggambaran tamat, saya mula buat persiapan untuk menunaikan hasrat itu. Alhamdulillah, Rabu lepas, apabila bangun tidur, terdetik untuk mencapai tudung ketika ingin keluar rumah.

?Saya boleh katakan semuanya ini kerana didorong oleh Allah. Apabila saya memuat naik gambar imej terbaharu ini dan berkongsi dengan ramai orang, Alhamdulillah saya mendapat maklum balas yang sangat baik. Peminat begitu menyokong dan memberi kata-kata semangat. Saya amat menghargai sokongan tersebut dan berharap diri ini mampu mengekalkannya selama-lamanya.

?Boleh dikatakan, hampir keseluruhan gambar lama saya tidak bertudung telah dikeluarkan daripada laman sosial saya. Kalau ada pun, mungkin di blog-blog dan internet. Itu di luar bidang kuasa saya.

?Itu adalah diri saya sebelum ini dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya daripada disiarkan. Biarlah ia menjadi sejarah dan saya cuba sedaya mungkin untuk tidak kembali dengan imej lama. Semoga saya akan selamanya bertudung."

0 Response to "Kisah sebenar kenapa Bella Dally terbuka hati berhijab"

Post a Comment