Gambar ribuan udang dan ikan terdampar di Pantai Miri - Pada 24 Disember tahun lalu, orang ramai di serata Malaysia dikejutkan dengan pendaratan ribuan ikan tamban di pantai Tambisan Lahad Datu, Sabah.
Kejadian itu mendapat liputan media massa dan akhbar-akhbar tempatan malah turut hangat diperkatakan di laman-laman sosial. Maklumlah, ia pertama kali dilaporkan berlaku di Malaysia meskipun penduduk di kampung berkenaan memberitahu fenomena itu sudah beberapa kali berlaku.
Terbaru, kejadian sama didakwa berlaku di pantai Miri, Sarawak. Beberapa keping gambar fenomena pelik ini telah dikongsikan dalam fanpage facebook I Love Sarawak.
Bagaimanapun, kesahihan cerita ini masih belum disahkan kerana tiada sebarang video telah dimuatnaik di laman sosial mahupun di laman youtube bagi membuktikannya. Apapun, mari layan empat keping gambar ribuan udang dan ikan dilihat terdampar di pantai Miri, Sarawak.
0 Response to "Gambar ribuan udang dan ikan terdampar di Pantai Miri, Sarawak"
Post a Comment