Hot !

6000 Likes Tanda Sokongan Peminat Mahu Erra Fazira & Engku Emran Rujuk

Hasrat bekas suami pelakon Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin yang ingin rujuk semula dengan bekas isterinya mendapat banyak komen positif menerusi Instagram miliknya.


Pemerhatian mStar Online pada Instagram milik Engku Emran menerusi akuan iamkumbre  sehingga pukul 1.45 petang Isnin mendapati seramai 6,433 orang memberi tanda ‘like’ pada status yang memaparkan gambar anaknya Engku Eleesya, 5, memakai baju T tertulis #prayformomandayah.


 


6000 Likes Tanda Sokongan Peminat Mahu Erra Fazira & Engku Emran Rujuk



Selain itu terdapat kira-kira 1,244 pengikut laman sosial itu memberi komen masing-masing.


Dengan menggunakan hastag #prayformomandayah pengikut laman sosial berkenaan menulis komen-komen positif dan menyokong tindakan yang dilakukan Engku Emran itu sebagai usaha untuk kebaikan keluarga mereka.


Salah seorang pengikut Instagram yang menggunakan akaun @fezaahar mendoakan agar  usaha yang dilakukan Engku Emran itu dipermudahkan  Allah dan berharap agar kedua-dua selebriti ini  mengetepikan ego masing-masing demi kebaikan keluarga.


“Jangan berhenti berdoa kepada Allah dan jangan berhenti berusaha untuk kembali bersama. Kami sentiasa menyokong anda. Kalau dulu boleh ambil hati Erra sampai kahwin, kali ini pasti lebih mudah kerana ada Aleesya sebagai objektif,” tulisnya.


Sumber : Mstar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "6000 Likes Tanda Sokongan Peminat Mahu Erra Fazira & Engku Emran Rujuk"

Post a Comment