Hot !

Teguran Ikhlas: Chef Wan Tak Cemburu Dengan Bakat Muda

Sejak kebelakangan ini, Chef Wan dilihat sering memberi teguran berkaitan isu semasa menerusi akaun Instagramnya. Kami memang bersetuju dengan kata-kata chef popular ini terutama apabila beliau menegur Hanez Suraya baru-baru ini. Sebelum itu, Chef Wan melahirkan rasa kehairanannya dengan pencapaian chef baru seperti Nik Michael yang dilihatnya terlalu pantas.


Teguran Ikhlas: Chef Wan Tak Cemburu Dengan Bakat Muda


Teguran Ikhlas: Chef Wan Tak Cemburu Dengan Bakat Muda



Menerusi Berita Harian hari ini, Chef Wan menegaskan yang tegurannya adalah bukan kerana timbul rasa cemburu terhadap bakat-bakat muda. Kata Chef Wan:-



Saya sedikit pun tidak cemburu dengan pencapaian chef baharu kerana sehingga hari ini, program masakan tidak hanya disiarkan di stesen tempatan, malah wajah saya juga ditonton pada setiap hari di seluruh dunia.


Cuma saya pelik kenapa kita terlalu cepat mengiktiraf seseorang sebagai chef sedangkan mereka tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang kulinari. Pnedidikan formal pun tidak cukup. Mereka perlu mempunyai pengalaman bekerja di hotel dan restoran.


Saya sendiri pun bukan mudah untuk berada di tahap ini. Sebab itu saya kecewa kerana stesen televisyen kita terlalu cepat mengiktiraf mereka yang tiada pengalaman.


Berkata mengenai tegurannya terhadap Hanez Suraya, hef Wan memaklumkan perkara yang lebih kurang serupa pernah berlaku dalam keluarganya menyebabkan beliau tampil bersuara. Kata Chef Wan:-



Memang saya tiada kaitan dengan dirinya (Hanez Suraya), tetapi saya rasa muak dan simpati dengan nasib wanita yang dianiaya. Masyarakat boleh menuduh apa saja. Saya tidak kisah jika ada yang tidak gemar teguran itu.


Bagi saya senang saja., jika tidak gemar, jangan ikut akaun Instagram saya, itusaja. TEguran itu saya tujukan buat peminat yang ingin mendengar pandangan saya.


Sumber: Beautifulnara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related Posts :

0 Response to "Teguran Ikhlas: Chef Wan Tak Cemburu Dengan Bakat Muda"

Post a Comment