Hot !

Saintis China Kesan Gelombang Seismos Di Dasar Lautan, Mungkin Ada Kaitan MH370

Pelbagai spekulasi penemuan petunjuk mengenai MH370 dilaporkan dari seluruh dunia dan ia tidak melemahkan semangat Malaysia untuk terus mencari pesawat MH370 yang hilang.


Contoh seismograf yang dirakamkan dalam komputer
Sepasukan pakar seismologi di sebuah universiti terkemuka China berkata mereka menemui gelombang seismos kecil di dasar lautan antara Vietnam dan Malaysia pada 8 Mac, selari dengan kapal terbang terhempas di dalam laut, dan mungkin mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, lapor South China Morning Post.

Penemuan berkenaan yang dimuat naik laman web University of Science and Technology of China pada Jumaat, adalah perkara terbaru dalam misi pencarian besar-besaran pesawat tersebut selepas hilang daripada skrin radar dengan membawa 239 penumpang.

Saintis China daripada makmal seismologi dan fizik dalaman bumi dalam laman web mereka, berkata menemui dua aktiviti stesen gelombang seismos di Malaysia yang menunjukkan pergerakan tremor di dasar lautan kira-kira jam 2.55 pagi pada 8 Mac, 150 kilometer dari Vietnam.


A South China Sea map showing the possible location of the tremor on the sea floor (red star) and the two Malaysian seismic monitor stations (blue triangles). Photo: Handout by the Seismology and Physics of the Earth's Interior Laboratory, University of Science and Technology of China"Ia bukan zon gelombang seismos, berdasarkan masa dan lokasi, ia mungkin berkaitan kehilangan pesawat MH370," katanya dalam kenyataan itu.



Laporan akhbar South China Morning PostKejadian gelombang seismos itu berlaku selepas 85 minit kehilangan MH370 daripada pusat kawalan udara, dan sekitar 116 km timur laut dari lokasi terakhir pesawat berkenaan dilaporkan berada.

0 Response to "Saintis China Kesan Gelombang Seismos Di Dasar Lautan, Mungkin Ada Kaitan MH370"

Post a Comment