Mengulas tentang kontroversi itu, Reen memberitahu, perkongsian gambar peribadi menerusi akaun Instagram miliknya adalah untuk kepuasan sendiri dan sama sekali tidak bertujuan untuk mencetuskan provokasi kepada mana-mana pihak.
“Minta maaflah. Kalau setakat komen dengan cara yang biadab dan kasar, saya takkan ambil kisah pandangan mereka.”
“Saya akan fikirkan kesan baik dan buruknya sebelum saya muat naik apa-apa gambar sebab saya sedar akaun itu boleh dilihat masyarakat."
“Bagi saya, gambar yang dikongsi itu tidak keterlaluan dan boleh diterima keluarga sendiri, saya tak anggap ia satu masalah.”
Tambah Reen,gambar yang dikongsi menerusi platform itu adalah cerminan telus dirinya bagi menceritakan perkembangan terbaru dengan peminat.
“Apa yang saya kongsi adalah diri saya sebenar. Kalau orang tengok di luar atau dalam gambar adalah orang yang sama."
Kalau tak nak gambar-gambar itu jadi bahan kritikan peminat baik jangan muatnaik atau privatekan terus je. Jadi, taklah jadi bahan cemuhan peminat hingga masuk akhbar pula.
0 Response to "Respon Reen Rahim isu gambar berbikini di Pantai Thailand"
Post a Comment