Raja Azura beri nasihat Hanez Suraya rampas suami orang - Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku terpanggil untuk memberikan nasihat kepada Hanez Suraya, pelakon drama Autumn Di Hatiku.
Menurut Kak Engku, Hanez Suraya sepatutnya menghormati perasaan wanita lain memandangkan dia juga adalah seorang wanita.
“Pada saya, hormatilah hati wanita lain. Fikirlah, jika lelaki itu boleh berbuat demikian pada isterinya, iaitu wanita yang telah bersusah payah melahirkan anak untuknya, tak mustahil sekiranya dia boleh berbuat perkara sama pada Hanez.
“Buka minda, pasti ada sebab mengapa rumah tangga mereka bermasalah? Lagi pula Hanez pasti belum tahu apa sebenarnya masalah yang melanda pada mereka berdua?”
Tambah Kak Engku lagi, Hanez juga tidak sepatutnya mencampuri langsung urusan rumahtangga mereka sebaliknya biarkan ia selesai terlebih dahulu sebelum menjalinkan hubungan dan mencanangkan kepada semua.
“Apabila masalah dah selesai, tak salah kalau Hanez nak meneruskan hubungannya dengan lelaki itu. Perjalanan hidup ini masih jauh. Fikir dahulu sebelum kita nak bercakap dan jangan dengar daripada sebelah pihak saja.”
Related Posts :
Romie, Kekasih Hanez Suraya Mahu Cerai Isteri Cara Baik Di Luar MahkamahKekasih pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd. Jais akan bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntu… Read More...
Akhirnya Romie Memilih Hanez Suraya Dan Mahu Cerai Cara BaikKekasih pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd. Romie akan bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tunt… Read More...
Gambar wajah emak Hanez Suraya era 80-anSeperti Emma Maembong, pelakon kontroversi, Hanez Suraya turut tidak ketinggalan memuatnaik sekeping foto gambar wajah emaknya pada era 80-a… Read More...
Punca Romie dan Hanez Suraya Saman MASSHAH ALAM - Pelakon kontroversi, Hanez Suraya Abdul Aziz dan kekasihnya, Romie Razin Aidilha Abd Jais memfailkan saman terhadap Malaysia Ai… Read More...
Rampas Suami Orang, Hanez Suraya Dibaling Selipar?SEHINGGA kini, aktres Hanez Suraya, masih dikecam teruk oleh masyarakat dek kontroversinya menjalinkan hubungan dengan suami orang yang dike… Read More...
0 Response to "Raja Azura beri nasihat Hanez Suraya rampas suami orang"
Post a Comment