Hot !

Kod MH370 Dan MH371 Penerbangan KL-Beijing-KL Akan Ditukar

Kod penerbangan MH370 dan MH371 yang digunakan oleh Malaysia Airlines (MAS) untuk laluan Kuala Lumpur-Beijing-Kuala Lumpur akan diganti kod baru bermula esok.


 
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata langkah menghentikan penggunaan kedua-dua kod tersebut sebagai menghormati 239 penumpang dan kru pesawat MH370 yang dilapor hilang pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan dari ibu negara Malaysia ke Beijing. Operasi mencari besar-besaran antarabangsa yang dilakukan dari udara dan laut sehingga kini belum membuahkan hasil.


Menurut kenyataan itu, MAS akan menggunakan kod MH318 bagi penerbangan Kuala Lumpur-Beijing dan MH319 untuk Beijing-Kuala Lumpur.


"Kekerapan penerbangan kami tidak berubah dan kami akan terus melakukan dua penerbangan sehari ke Beijing.


"Ingatan dan doa kami kekal bersama-sama keluarga rakan-rakan sekerja kami dan juga penumpang MH370," kata MAS. – Bernama

0 Response to "Kod MH370 Dan MH371 Penerbangan KL-Beijing-KL Akan Ditukar"

Post a Comment