Hot !

Kalimah ALLAH: Antara Keputusan Mahkamah Persekutuan Dengan Provokasi

Kalimah ALLAH: Antara Keputusan Mahkamah Persekutuan Dengan Provokasi

Isu kalimah ALLAH ini seharusnya ditangani dengan penuh kesabaran & akhlaq yang luhur kerana ia merupakan suatu agenda provokasi yang akan berterusan dari masa ke semasa bagi perpecahan & persengketaan di kalangan kita. Virus² perpecahan umat Melayu Islam ini bergerak aktif samada dari luar platform politik maupun dari kedua-dua sayap kiri dan kanan dalam kelompok pembangkang maupun pro-kerajaan). Oleh yang demikian dalam memperjuangkan isu tersebut haruslah sentiasa peka dengan agentur-agentur tersembunyi yang akan menyusun provokasi demi provokasi bagi mengeruhkan keadaan sehinggalah terjadinya huru-hara yang melata antara kita. Jangan ikut sangat perasaan. Bersatulah lalu berakhlaklah senantiasa & pelihara diri kita dari sentimen maupun emosi yang di luar kawalan serta keterlaluan dalam bertindak.

1. Kalimah Allah: Comango cetus provokasi di Istana Kehakiman
PUTRAJAYA, 5 MAC 2014: Nyaris-nyaris hendak jadi kejadian yang tidak ingini.
Ini yang berlaku di Istana Kehakiman di Putrajaya selepas sekumpulan lebih kurang 20 orang ahli Comango bikin provokasi ketika lebih 2500 umat Islam berkumpul menunggu keputusan rayuan gereja Katholik berhubung penggunaan kalimah Allah.
Kejadian itu tidak lama tapi cukup memanaskan keadaan sehingga ada yang terkena balingan objek termasuk botol air mineral.
Pada mulanya, keadaan cukup tenang dan terkawal. Umat Islam yang berkumpul bersolat hajat, membaca Yasin dan mendengar ceramah di depan Istana Kehakiman, tiba-tiba bangun dan mara sedikit ke hadapan kira-kira 20 meter ke arah pintu masuk lobi mahkamah sambil melaungkan takbir.

Ia dipercayai selepas melihat kumpulan Comango terbabit yang ada diantara mereka memakai baju tertera kalimah Allah Rabb Al Alamin memberikan bunga kepada paderi-paderi yang hadir ke mahkamah.

Kumpulan umat Islam itu berang kerana ahli Comango berada di kawasan lobi sedangkan mereka berhimpun di luar menyebabkan ada di antara mereka mahu masuk juga ke lobi sehingga berlaku rempuhan dan insiden tolak menolak.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin umat Islam yang berada di situ cuba menenangkan keadaan sebelum ada lontaran objek dari individu tidak dikenali ke arah pintu masuk mahkamah.
Ketika kejadian seorang petugas media turut terkena mikrofon dipercayai dibaling oleh individu tidak dikenali.
Wartawan terbabit, Siti Azielah Wahi berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sedang menunggu di pintu masuk Israna Kehakiman dan sedang membuat liputan.
Menurutnya, mikrofon yang dibaling itu terkena pada bahagian muka, namun dia tidak mengalami kecederaan.
Polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan.

Seorang peguam dan aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong kalimah Allah untuk penganut Kristian, Siti Zabedah Kassim menyifatkan orang Melayu dan umat Islam seperti lembu kerana mematuhi serta percaya kepada ajaran agama yg dibawa oleh alim ulama Islam terutama berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Katanya, kalimah Allah bukan untuk orang Islam sahaja, ia untuk semua umat dan makhluk yang dicipta Allah.

"Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.


"Saya datang ke sini atas nama agama Islam. Saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini."


"Mereka (PERKASA dan badan-badan NGO yang bersama mereka) tidak mewakili setiap rakyat di Malaysia kerana masih ramai lagi penduduk di Malaysia yang menyokong penggunaan Kalimah Allah ini," katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman di sini."


"Mereka ini melemahkan orang Melayu sendiri dan apa yang mereka buat ini menunjukkan Melayu itu bodoh dan mudah diperbodohkan."


"Kita tidak mahu timbul perbalahan hanya kerana 'satu perkataan', kenapa umat Islam di Malaysia terlalu 'istimewa', sedangkan perkataan Allah telah digunakan oleh pelbagai masyarakat di seluruh dunia.", menurutnya lagi.


"Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia," kata kepada media di situ.




2. Kalimah Allah: Mahkamah putus soal rayuan gereja pada tarikh lain

Penantian mengenai keputusan samaada mahkamah benarkan atau tidak pihak gereja Katholik menerusi akhbar mingguan The Herald membuat rayuan terhadap keputusan tidak benarkan guna kalimah Allah belum berakhir.


Mahkamah Persekutuan yang bersidang pagi Rabu ditangguhkan tanpa membuat sebarang keputusan.


Ketua penal tujuh hakim ,Tun Ariffin Zakaria memberitahu mereka akan buat keputusan pada satu tarikh lain kemudian.


Sebelum itu kawasan Istana Keadilan di Putrajaya menjadi tumpuan pagi Rabu bila Mahkamah Persekutuan membicarakan rayuan pihak gereja Katholik terhadap pengunaan kalimah Allah.


Lebih 2,000 orang individu dan ahli pelbagai NGO Islam dan Melayu berkumpul mempamer solidariti menentang usaha yang dipelopori oleh majalah mingguan The Herald.


Mereka mula berkumpul sejak jam 8 pagi. Ada yang datang membawa sepanduk. Ada yang duduk membaca surah Yasin dan ada yang buat sembahyang hajat.




Penal tujuh orang hakim mendengar rayuan berkenaan.Enam hakim lain terdiri dari Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Hwa.
Biasanya penal hakim cuma lima orang sahaja.Difahamkan komposisi penal tujuh hakim ini kerana kes ini penting dan melibatkan kepentingan ramai.Pada Oktober tahun lalu Mahkamah Rayuan telah memutuskan melarang pengunaan kalimah Allah dalam ruangan bahasa Malaysia akhbar mingguan The Herald.
Ini ekoran rayuan kerajaan pada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember 2009 bahawa larangan pengunaan kalimah itu di akhbar The herald oleh Kementerian dalam negeri tidak sah.Pihak gereja kini memohon untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Oktober lalu di Mahkamah Persekutuan.



Berikut adalah kronologi kes 'Kalimah Allah' yang membawa kepada pendengaran permohonan Gereja Katolik untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan di Mahkamah Persekutuan bahawa penerbitan mingguannya 'The Herald' versi bahasa Melayu, dilarang menggunakan kalimah Allah.


16 Feb 2009: Gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden, memohon diisytiharkan keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah.
Majalah mingguan itu, diterbitkan dalam empat bahasa, dan telah menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam seksyen bahasa Melayunya.
Permohonan itu menuntut tujuh deklarasi lain termasuk hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah dalam The Herald, bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan perkataan Allah dalam The Herald dan bahawa pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan itu.
Ia juga menuntut deklarasi bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan perkataan Allah dalam The Herald dan bahawa perkataan Allah bukan eksklusif kepada agama Islam.


31 Dis 2009: Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.
Hakim Datuk Lau Bee Lan, dalam keputusan lisannya, menegaskan bahawa The Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam majalah berkenaan untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam.
Beliau berkata lanjutan kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam untuk menggunakan perkataan 'Allah' kepada umat Islam untuk menyebarluaskan agama itu.Bagaimanapun ia bukanlah satu kesalahan untuk bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama, katanya.


6 Jan 2010: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, The Herald, berikutan persetujuan KDN dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia bagi kepentingan negara.
Hakim Datuk Lau Bee Lan yang mengeluarkan perintah sebelum ini pada 31 Dis 2009 membuat keputusan itu setelah dipohon Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.


14 Okt 2012: Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.
Mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.Mahkamah itu berpendapat kalimah Allah tidak pernah menjadi bahagian penting daripada amalan kepercayaan agama Kristian dan dengan mengambil kira fakta sejarah dan agama, beliau tidak dapat menemui sebarang sebab munasabah kenapa responden (Titular Roman Catholic Archbishp of Kuala Lumpur) berkeras untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan buletin mingguan mereka.


11 Nov 2013: Gereja memfailkan permohonan bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan 26 soalan mengenai undang-undang pentadbiran dan kuasa mahkamah untuk membenarkan Menteri Dalam Negeri melarang penggunaan perkataan teologi (Tuhan).


5 Mac 2014: Mahkamah Persekutuan akan menetapkan satu tarikh lain untuk membuat keputusan pendengaran permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguannya The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah.


 

Related Posts :

0 Response to "Kalimah ALLAH: Antara Keputusan Mahkamah Persekutuan Dengan Provokasi"

Post a Comment