
Serpihan yang dikatakan ekor pesawat MH370 hanyalah beberapa longgokan kayu yang ditinggalkan di laut, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Beliau juga berkata Malaysia turut gagal mengesahkan penemuan 'tingkap' pesawat oleh tentera Vietnam yang heboh dikatakan semalam kerana masih tidak disahkan kerajaan negara itu.
"Semalam beberapa pesawat mengesan objek yang nampak seperti bahagian kapal terbang.
"Bagaimanapun kapal yang dihantar mendapati, ia hanyalah batang kayu yang diikat seperti 'pontun' (rakit) kepada kita," kata beliau dalam sidang media di Hotel Sama Sama hari ini.
"Masuk 60 jam kehilangan kapal terbang ini tapi masih tiada sebarang penemuan," kata beliau.
0 Response to "Hanya Jumpa Longgokan Kayu, Bukannya Ekor Pesawat MH370"
Post a Comment