Hot !

Dailymail Kaitkan Anwar Ibrahim & Kapten Zaharie Dengan Kehilangan MH370

Sebuah akhbar dari Britain, Daily Mail dilaporkan cuba mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Paparan Akhbar Dailymail Kaitkan Anwar Ibrahim & Kapten Zaharie Dengan Kehilangan MH370


Sebahagian dari infografik Dailymail Yang mengaitkan Anwar Ibrahim & Kapten Zaharie dengan Misteri kehilangan pesawat MH370.
Akhbar itu dipetik sebagai berkata Kapten Zaharie Ahmad, 53, adalah penyokong Anwar dan beliau hadir ke mahkamah pada 7 Mac beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing.


Menurut laporan itu, Zaharie mungkin kecewa dan bertindak merampas pesawat itu sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah itu.


Menurut rakan sekerja Zaharie, beliau merupakan seorang aktivis sosial dan penyokong kuat Anwar serta sangat berminat dengan politik.


Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan Anwar didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.


Anwar dikenakan hukuman penjara lima tahun berkuatkuasa selepas rayuannya di Mahkamah Persekutuan diketahui.


Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan di rumah.


Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.


Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan serbuan dilakukan di rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.


Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail.


Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.


Penyiasat memberitahu Daily Mail, mereka kini sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie adalah sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac.


"Siasatan ini banyak membabitkan sensiviti, namun kita harus meneruskan apa sahaja sudut yang menjadi perhatian," lapor Daily Mail memetik penyiasat itu.


Petikan laporan Dailymail:


Police are investigating the possibility that the pilot of missing Flight MH370 hijacked his own aircraft in a bizarre political protest.
The Mail on Sunday has learned that Captain Zaharie Ahmad Shah was an ‘obsessive’ supporter of Malaysia’s opposition leader, Anwar Ibrahim. And hours before the doomed flight left Kuala Lumpur it is understood 53-year-old Shah attended a controversial trial in which Ibrahim was jailed for five years.

Campaigners say the politician, the key challenger to Malaysia’s ruling party, was the victim of a long-running smear campaign and had faced trumped-up charges.

Police sources have confirmed that Shah was a vocal political activist – and fear that the court decision left him profoundly upset. It was against this background that, seven hours later, he took control of a Boeing 777-200 bound for Beijing and carrying 238 passengers and crew.


source: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2581817/Doomed-airliner-pilot-political-fanatic-Hours-taking-control-flight-MH370-attended-trial-jailed-opposition-leader-sodomite.html


 

0 Response to "Dailymail Kaitkan Anwar Ibrahim & Kapten Zaharie Dengan Kehilangan MH370"

Post a Comment