Hot !

Cucu Saya Pemuda Baik, Kata Nenek Fariq, Pembantu Juruterbang MH370

Halimah Abdul Rahman, 81, nenek kepada pembantu juruterbang pesawat MH370, Fariq Abdul Hamid, berkata cucunya seorang pemuda yang baik dan berbudi pekerti.

Beliau menolak sama sekali dakwaan bahawa cucunya itu suka berjoli sebagaimana yang disiarkan oleh beberapa media.

Cucu Saya Pemuda Baik, Kata Nenek Pembantu Juruterbang MH370


Halimah Abdul Rahman bersama rombongan PAS yang berkunjung ke rumahnya.


"Cucu makcik, Fariq jika balik kampung, tidak pernah lupa untuk solat berjemaah di masjid berdekatan," katanya ketika menerima kunjungan Pemuda PAS Kelantan dan Pasir Mas, di rumahnya di Kampung Perakap, Bunut Susu, menurut laporan laman rasmi PAS, Harakahdaily, hari ini.

Beliau juga amat berharap agar cucu kesayangannya itu selamat dan ditemui segera.

Halimah adalah ibu kepada bekas Adun Tendong, allahyarham Dr Muhammad Daud.


Semalam, beberapa laman sosial menyiarkan gambar Farid dengan penumpang wanita Australia di kokpit kapal terbang dengan tuduhan yang kurang sopan.


Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, berkata kunjungan ke rumah keluarga Fariq bertujuan bertanya khabar dan memberi sokongan selepas kejadian Sabtu lalu.


Katanya, insiden tersebut merupakan satu tragedi kepada negara.


“Jadi semua pihak seharusnya memperbanyakkan doa dan solat hajat agar mereka diberikan kesejahteraan oleh Allah. Tiada guna membuat sebarang spekulasi," katanya.


Beliau berkata, dalam pertemuan itu Halimah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus bertanya khabar cucunya.

Related Posts :

0 Response to "Cucu Saya Pemuda Baik, Kata Nenek Fariq, Pembantu Juruterbang MH370"

Post a Comment