Kelmarin,
ramai yang memperkatakan tindakan pengacara Melodi, Zuan Azmi atau lebih
dikenali sebagai Zuan bikin panas tentang tindakan biadab beliau memuat naik
gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah diubah
suai di laman Instagram milik beliau.
Menggunakan
tajuk “amboooii posing, tak mau kalah nooo”, beliau dilihat seolah-olah tiada
rasa bersalah apabila memuat naik gambar berkenaan.
Gambar
berkenaan menunjukkan imej seorang suri rumah yang sedang menyapu rumah
menggayakan poster gaya seorang model majalah Rolling Stone. Walau bagaimanapun,
wajah imej berkenaan diedit menyerupai wajah Datuk Seri Mohd Najib.
Nyata
tindakan ini cukup biadab dan tidak bermoral bagi seorang yang boleh dikatakan
sebagai selebriti utama TV3. Sebagai seorang “public figure”, tidak perlulah
menunjukkan sangat kecenderongan politik beliau kerana beliau harus sedar,
beliau harus menunjukkan imej profesional sebagai tauladan kepada peminat
beliau.
Untuk
rekod, beliau pernah digugurkan dari produksi Mentor Legend kerana tidak boleh
menerima usikan dan gurauan daripada penyanyi Mas Idayu semasa berada dibelakang
pentas.
Pihak
Media Prima khususnya TV3 wajar memandang berat kes seperti ini dan tindakan
sewajarnya wajar diambil terhadap Zuan Azmi berikutan tindakan biadab beliau
ini.
Berikutan
penyebaran gambar biadab yang dimuat naik wartawan hiburan Melodi TV3, Zuan Azmi
atau lebih dikenali sebagai Zuan Bikin Panas sebentar tadi telah memuat naik
status permohonan maaf beliau dilaman Instagram milik beliau.
Dalam
status terkini beliau, beliau memohon maaf diatas kekhilafan beliau memuat naik
status menghina berkenaan dan mengakui kesalahan yang beliau lakukan sebelum
ini.
Walau
bagaimanapun, beliau seolah-olah mengelak untuk melakukan permohonan maaf secara
terbuka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan
hanya menyebut “demi menjaga kepentingan sesetengah pihak”.
Sewajarnya
beliau melakukan permohonan maaf demikian kerana gambar yang dimuat naik oleh
beliau kelmarin adalah gambar Perdana Menteri dan tidak seharusnya ianya
dilakukan oleh orang yang “terkenal” sepertinya.
Ianya
seolah-olah menunjukkan beliau tidak berasa kesal dengan apa yang beliau lakukan
sebelum ini. Prinsip politik adalah perkara kedua. Paling utama adalah prinsip
menghormati antara satu sama lain ditambah pula majikan yang menaungi beliau
kini adalah bernaung dibawah Kerajaan.
Secara
tidak langsung, beliau menghina “majikan” beliau sendiri dengan memaparkan
gambar yang tidak sepatutnya dimuat naik oleh beliau.

0 Response to "Zuan TV3 Pohon Maaf Hina PM Di Instagram Namun Di Pertikai ?"
Post a Comment