Kehidupan
seorang suami dihantui kebimbangan apabila isterinya yang dicari berikutan
menghilangkan diri sejak hampir dua minggu lalu turut mengirimkan khidmat
pesanan ringkas (SMS) meminta untuk diceraikan.
Hairil
Zulhaili Fadzil, 31, berkata, isterinya, Mashitah Mohd Nor, 25, menghantar SMS
berkenaan kira-kira jam 4 petang selepas dihantar ke tempat kerjanya pada jam 9
pagi, 6 Ogos lalu.
Menurutnya,
SMS berkenaan adalah hubungan terakhir dihantar isterinya sebelum telefon bimbit
miliknya dimatikan dan gagal dihubungi semula.
SMS
berkenaan berbunyi “Salam mas nak mntk mf... mas mntk halal semua mkn minum
mas... selama 3 tahun mas jd wife abg... pas ni tlg jgn cari mas lg... mas dh pi
jauh dri lgkawi.... cuma mas mntk 1 sje... tlg cerai kn mas.
Dh byk
kli mas mntk abg tlg mas... mas dh xlh hidup bsama abg dh... sb mas dh xsyg atau
cinta abg g... mas nk bebas... slagi abg xcerai mas slagi 2 mas xkn blik... mas
mntk mf. (Sudah
banyak kali mas minta, mas tak boleh hidup bersama abang sebab sudah tidak
sayang dan cinta abang lagi, mas nak bebas, selagi abang tak cerai selagi itu
mas tidak akan balik, mas minta maaf).
“Pada
hari kejadian, saya menghantar isteri ke tempat kerjanya di sebuah kedai kasut
di Langkawi Parade dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah
kami mesra.
“Bagaimanapun,
kira-kira jam 4 petang pada hari sama, saya menerima SMS berkenaan dan juga yang
terakhir sebelum telefon bimbitnya dimatikan,” katanya ketika ditemui, di sini,
semalam.
Hairil
Zulhaili yang bekerja di sebuah syarikat pembersihan di sini berkata, dia dan
isterinya berkahwin sejak tiga tahun lalu atas pilihan sendiri dan menetap di
Kampung Bayas, Mukim Ulu Melaka, di sini.
“Walaupun
selepas tiga tahun berkahwin, kami belum dikurniakan anak tapi hubungan kami
baik menyebabkan saya bingung dan buntu memikirkan kejadian ini.
“Saya dan
keluarga mentua puas mencari isteri sepanjang 11 hari lalu termasuk memeriksa
dengan beberapa teman rapatnya, tetapi setakat ini belum
menemuinya.
Saya
bimbang kerana isteri menghilangkan diri sehelai sepinggang,” katanya yang
membuat laporan di Balai Polis Padang Matsirat, di sini, pada 8 Ogos
lalu.
Katanya,
orang ramai yang melihat atau mengenali Mashitah boleh menghubunginya di talian
010-5209121 atau 017-5024610.
Sementara
itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan
kes diklasifikasikan sebagai orang hilang. -HM
0 Response to "Sayu : Luahan Suami Isteri Minta Cerai Selepas Seminggu Hilang"
Post a Comment