“Mungkin
dia faham keadaan kami yang kesempitan wang kerana walaupun diberikan puting
kosong, dia terus diam dan tidur,” kata Nurisah Iesah, 27, ibu kepada bayi
jantung berlubang, Nur Insyirah Ardini Wan Md Azizi, tujuh bulan.
Doktor
yang merawat Nur Insyirah Ardini turut mengesahkan anak bongsu daripada empat
beradik itu mempunyai beberapa lagi masalah kesihatan lain iaitu kesukaran
menelan makanan, kepala membesar dan saluran pernafasan sempit, selain mempunyai
dua saluran dubur menjadikan bayi tujuh bulan itu sebagai orang kurang
upaya.
Nurisah
berkata, paling menyedihkan apabila dia terpaksa menyusukan bayinya menggunakan
tiub khas kerana Nur Insyirah Ardini akan tersedak jika diberi minum menggunakan
botol seperti bayi normal lain.
“Jika
diberikan susu menggunakan botol, Nur Insyirah Ardini kerap tersedak menyebabkan
air susu keluar semula melalui mulut serta hidung dan saya terpaksa menggunakan
tiub khas dibekalkan pihak hospital.
“Saya
akan berikan susu menggunakan tiub kepada Nur Insyirah Ardini setiap tiga jam
sekali, tetapi kerana kesempitan wang, saya hanya mampu memberikan puting kosong
sebelum mendodoi anak supaya tidur,” katanya di rumahnya di Taman Sri Siantan,
Durian Tunggal, di sini, semalam. HM
0 Response to "Sayu : Hidup susah Ibu dodoi anak jantung berlubang pakai puting kosong"
Post a Comment