Mendapati
pasangan yang curang amatlh menyakitkan. Namun kadang kita sukar untuk mengesan
kecurangan pasangan kita. Lebih-lebih lagi lelaki yang bersifat baik dan 'Family
Man'. Bila pasangan mula melakukan perkara-perkara yang janggal, mungkin bibit
kecurangan telah muncul. Antara tandanya ialah:
Sering merahsiakan sesuatu di dalam telefon bimbitnya
Ya,
PapaG akui setiap orang mempunyai privasi yang tersendiri. Tetapi mungkin bagi
mereka yang mempunyai skandel di belakang isteri akan lebih bersifat perahsia
tentang isi kandungan di telefon bimbitnya. Salah satunya lelaki ni kerap delete atau menghapus setiap
mesej atau wassap dalam phone.
Orang kata buang bahan bukti gitu la. Selain membuang bukti-bukti mesej, mungkin
suami anda telah meletakkan password
di telefonnya agar tidak ada orang
lain selain die yang boleh menggunakannya. Padahal sebelum ini, suami anda tidak
pernah langsung meletakkan sebarang password. Agak meragukan. Betul tak..?
Nampak lebih bergaya dan menjaga ketrampilan
Teringat
drama P.Ramlee dialog dia "Butang baju melayu abang mana???". Hati-hati yer
semua jika suami anda yang tidak pandai bergaya sebelum ini sudah pandai
bergaya. Lebih-lebih lagi seandainya ingin keluar dengan kawan-kawan tanpa
membawa anda. Perlakuan suami yang tidak biasa melawa A.K.A menjaga penampilan
ini mungkin mempunyai sesuatu disebaliknya. Pepatah melayu ada mengatakan ada udang di sebalik batu. Janggal
bukan.? Mungkin ini adalah tanda suami anda sedang curang di belakang anda,
Hati-hati.
Menjadi terlalu baik dengan memberikan hadiah
Jika
suami anda seorang yang tidak langsung pandai membuat sebarang kejutan pada anda
tetapi kebelakangan ini dia sangat
baik dan pandai mengambil hati anda
dengan kata-kata ataupun hadiah, sila berhati-hati. Mungkin suami anda sedang
menutupi sesuatu yang berlaku di belakang anda. Jika tidak memberi hadiah pun,
suami anda menjadi seorang yang terlalu baik. Kerap tersenyum, ayat-ayat
romantis kerap diberikan pada anda dan sebagainya. Ini mungkin perlu anda
jaga-jaga. Ye la, orang sedang bercinta, hati sedang berbunga. Semuanya
baik-baik yang keluar. Jadi, berhati-hati.
Mudah bertelingkah dengan isteri
Mungkin
jika suami anda sebelum ini baik. Mudah beralah dengan anda. Tidak overprotektif
dengan kehidupanya. Tetapi kebelakangan ini anda berdua kerap bergaduh. Suami
banyak mengungkit kesalahan anda. Cakap sikit sudah melenting. Di waktu ini anda harus berhati-hati.
Mungkin ada sesuatu yang disorokkan di belakang anda. Suami akan lebih mencari
kesalahan psangannya kerana ingin menutupi kesalahannya sendiri. Jadi, anda
harus hati-hati dengan tanda-tanda suami anda mula curang ini.
Instinct seorang isteri
Mungkin
anda boleh merasa jika suami anda sudah curang. Gunakan deria 6th senseanda. Orang
kata deria wanita ni kuat dan betul. Tapi ingat anda harus gunaan deria anda
dengan berhemah. Jangan main hantam sahaja. Selidik dulu. Gunakan cara yang
terbaik. Niatkan di dalam hati untuk membetulkan keadaan bukan untuk mencari
silap atau menghukum. Insyallah Allah akan membantu kita mencari jalan yang
terbaik untuk menyelesaikan masalah anda dalam rumah tangga.
Kesimpulannya,
seseorang yang sedang merahsiakan sesuatu iaitu skandel dalam hidupnya, orang
terdekat akan mudah untuk mengatahuinya. Kalau anda rasa suami sedang curang,
perhatikan. Selidik secukupnya. Jangan ambil tindakan terburu-buru. Kalau sudah
terbukti. Bincang dengan sebaiknya Teruskan bermuhasabah diri dan tenang.
Insyallah Allah bantu anda. Jom berdoa agar kehidupan rumah tangga kita suami
isteri akan kekal harmoni sampai bila-bila. Aamiin.
Sumber
0 Response to "Ladies Take Noted! Ketahui 5 Tanda-tanda Suami Anda Sedang Curang di Belakang Anda"
Post a Comment