Hot !

(8 Gambar) Lelaki Maut Digilis, Lori Kini Ancam Penunggang Motosikal Di KL

Lori kini ancaman yang paling tinggi kepada penunggang motosikal di Kuala Lumpur yang mana ada sahaja penunggang motosikal yang menjadi korban lori hampir setiap hari. 

Seorang lagi penunggang motosikal maut selepas digilis lori dalam kejadian di jalan Travers menghala ke Bangsar, berhampiran KL Sentral.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang (12 Ogos), mangsa berusia 25 tahun itu menunggang motosikal Kawasaki 250 dari Jalan Mahameru ke Bangsar.












Bagaimanapun, setibanya di lokasi, mangsa, Naquib Fiqri Tamrin dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terperosok ke bawah lori yang bergerak dari arah yang sama.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, akibat daripada insiden berkenaan, mangsa maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan badan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Al fatihah untuk mangsa, pada penunggang motosikal berhati-hati lah kerana anda terdedah dengan bahaya ini dan pihak berwajib harus melihat dan pantau kemasukan lori diwaktu puncak di KL - BS Credit HM, DTR

0 Response to "(8 Gambar) Lelaki Maut Digilis, Lori Kini Ancam Penunggang Motosikal Di KL"

Post a Comment