Bekas model yang
didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan
coli menjadi viral di laman sosial, adalah waras dan layak dibicarakan di
mahkamah.
Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md
Nor memutuskan demikian selepas meneliti laporan kesihatan mental yang
dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan, terhadap Persana Avril Sollunda,
33.
"Semasa kejadian berlaku beliau
(tertuduh) dalam keadaan tidak waras dan tidak sedar, bagaimanapun buat masa
ini, keadaan mental beliau adalah stabil dan beliau layak dibicarakan," katanya
ketika membaca laporan kesihatan itu semasa sebutan kes itu.
Pada 29 Mei mahkamah memerintahkan
Persana Avril dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan, untuk pemeriksaan
mental.
Mahkamah menetapkan tiga hari
bermula 11 Jan depan untuk perbicaraan kes itu.
Persana Avril didakwa menanggalkan
baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi
ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas.
Dia didakwa terhadap pertuduhan
melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan
yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya,
jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan
Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin manakala tertuduh diwakili Kelvin
Tan.- BERNAMA
0 Response to "4 Gambar : Model tanggal kan baju waras akan dibicarakan"
Post a Comment