TIDAK pasti sama ada benar atau
sebaliknya, kecoh jadinya apabila ada khabar angin mendakwa pelawak terkenal,
Rahim yang juga bekas ahli kumpulan R2 dan Sepahtu telah memukul isterinya
dengan teruk.
Khabar angin ini muncul,
apabila Harian Metro menerima laporan polis yang dibuat sendiri oleh isteri
pelawak terkenal itu di Balai Polis Sri Muda di Shah Alam,
Selangor.
Berdasarkan
laporan polis itu, si pengadu ini memberitahu dirinya dipukul di muka, kepala
dan bahu selain turut ditendang belakang badan dan punggungnya.
Difahamkan,
si pengadu dipukul gara-gara suaminya berasa tidak berpuas hati apabila
isterinya itu pernah keluar dari rumah tanpa kebenaran.
Bagaimanapun,
isteri Rahim dikatakan enggan mengulas lanjut perihal insiden tersebut namun
mengakui ada membuat laporan polis kebetulan di balai yang sama.
Sementara
itu, Rahim pula menafikan khabar angin tersebut sebaliknya menjelaskan memang
berlaku pertengkaran bersama isterinya namun tidak sampai tahap
memukul.
“Memang
kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya
tak pukul (isteri).
“Saya pun
baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah
khabar angin. Masalah di antara kami sudah pun selesai,” jelasnya.–
MYNEWSHUB.CC
0 Response to "3 Gambar : Isteri buat laporan Polis selepas dipukul Rahim Raja Lawak ?"
Post a Comment