Prolapse rahim adalah satu
keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran
faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya
memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan
kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran
faraj.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmMvYLTPlkkoNlT0Ue1yFtNcsyTi6fQSCvUwdxOCP4tZVvquSWon0w_xk5GJEZgcpndiFvvrUIf_cPWAYB75kv5ZAHMYWOzKhftzLQX0hAoZxMp5_6Cwktbvy6sSPBoqI5tRMVPp7rt0Qt/s1600/tombong.jpg)
Keadaan
ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit
daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke
permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan
rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa
digelar ‘tombong’', lihat tajuk ‘Pembedahan’) Diantara kesan-kesan kekenduran
faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.
Gangguan
kencing
![https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgymMkr3B670_16y2rrfpGbCqR2rXneJwneiwMa_7uAK4IE5-ue_PYN_mPuensv0lsqoU0vgznJfIelfQiNk4QNhB0B7XjYVhKe5gs8wcbCvLrXnN_hiG234O22RHZUhvyip-oUfUGzbIg/s1600/cystocele.jpg](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgymMkr3B670_16y2rrfpGbCqR2rXneJwneiwMa_7uAK4IE5-ue_PYN_mPuensv0lsqoU0vgznJfIelfQiNk4QNhB0B7XjYVhKe5gs8wcbCvLrXnN_hiG234O22RHZUhvyip-oUfUGzbIg/s640/cystocele.jpg)
Ramai
wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi
masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa
yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk,
bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat
seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud
ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh
dikawal.
Keadaan
ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan
mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah
seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.
Gangguan
hubungan kelamin
Oleh
sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj
yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk
mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit.
Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami.
Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks
selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor
tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling
faraj.
Ketidakselesaan
dan sakit pinggang
Gangguan
lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa
kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika
ia berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan
sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di
antara mereka yang mengadu sakit pinggang.
Gangguan
Kesihatan
Dalam kes prolapse yang teruk
atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu
rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion. Luka ini
seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang
banyak. Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat
daripada pergeresan yang berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim
timbul daripadanya.
Sumber:infodalammedia
0 Response to "Kalau Anda Wanita, Wajib Tahu Penyakit Paling Ditakuti & Sangat Bahaya Kepada Kaum Anda Ini !!"
Post a Comment