Hot !

Universiti China Minat Industri Halal







Sebahagian daripada 40 delegasi dari Universiti Tsinghua, Beijing mengunjungi MBC bagi melihat pelbagai sektor industri di Melaka khususnya sektor halal



SEBUAH universiti di Beijing, China berminat terhadap perkhidmatan ujian makmal yang disediakan Melaka Biotechnology Corporation (MBC) bagi membangunkan sektor halal di negara itu.

Ketika kunjungan delegasi dari Universiti Tsinghua, Beijing itu yang diketuai ProfesorDuan Chi Yong itu, mereka menyatakan minat dengan perkhidmatan ujian makmal MBC terutamanya makmal halal berkaitan industri makanan dan minuman di China.

Menurutnya, ini kerana di barat China mempunyai populasi Islam paling ramai dan memerlukan bekalan industri makanan halal yang besar untuk rakyat mereka.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MBC, Badrul Hisham Badrudin berkata, kunjungan tersebut bakal membawa nama MBC ke seluruh dunia dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan dan cabang industri yang berasaskan bioteknologi.

"Dengan adanya MBC, mereka dapat menjadikannya sebuah pusat rujukan bioteknologi memandangkan industri bioteknologi ini berkembang seiring pembangunan di Malaysia dan China," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Lawatan tersebut disertai seramai 40 anggota dari pelbagai latar belakang termasuklah industri makanan dan minuman, automatif, pelaburan, serta ICT.Ia merupakan kerjasama MBC dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan membawa delegasi melihat sendiri pelbagai sektor industri di Melaka termasukindustri bioteknologi, halal dan pelancongan.

Mereka dibawa ke Melaka Halal Hub dengan melawat Kilang Kira Haq Global Marketing Sdn Bhd dan Koko Minda Food Industri SdnBhd di Serkam, Merlimau untuk melihat kilang pemprosesan makanan mempunyai sijil halal yang menjadi pusat rujukan atau ?benchmark? untuk pelbagai negara di seluruh dunia termasuk China.



Sumber

0 Response to "Universiti China Minat Industri Halal"

Post a Comment