Hot !

Mercedes-Benz Perkukuh Pelaburan




MERCEDES-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) akan meneruskan pelaburan di Malaysia meskipun keadaan ekonomi tidak menentu dengan kejatuhan mendadak harga minyak global dan nilai ringgit yang lemah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Folger, berkata industri kereta premium di Malaysia masih menyediakan peluang perniagaan yang banyak.

Tetapi, pelaburan kami di masa hadapan juga bergantung kepada sokongan dari pihak kerajaan terhadap pelan perniagaan secara keseluruhannya.

 


Dari kiri: Naib Presiden NZ Wheels, Jeffrey Choy; Folger;Pengarah Urusan Metro Travel, David Yeong dan Pengarah Metro Travel, Datuk Khoo Chee Choo pada majlis penyerahan kunci di Kuala Lumpur, semalam

 


Ini kerana, Malaysia menawarkan pelbagai peluang perniagaan bagi industri automatif dan tiada alasan untuk kami tidak meneruskan pelaburan di sini,? katanya selepas majlis penyerahan kunci jualan lima unit kereta penumpang Mercedes-Benz S400L Hybrid di Kuala Lumpur, semalam.

Sebanyak RM3 juta telah dilaburkan oleh Metro Travel & Tours Services Sdn Bhd (Metro Travel) dalam pembelian lima unit kereta tersebut melalui Pengedar MBM, NZ Wheels Sdn Bhd.

Menurut Folger MBM sentiasa berusaha dalam meneruskan rentak perniagaan kenderaan mewah keluarannya, terutama sekali dari segi pertumbuhan jualan.

Bagi tahun lalu kami berjaya menjual sebanyak 6,932 unit kereta daripada pelbagai model yang ada dalam Malaysia dan kami akan berusaha lebih lagi tahun ini walau keadaan dilihat semakin mencabar.

Walaupun kita berdepan dengan kelemahan ringgit, ia tidak akan menjejaskan jualan MBM berikutan permintaan terhadap model dan produk keluaran kami masih ada,? katanya.

Sementara itu lima unit Mercedes-Benz S400L Hybrid yang dibeli Metro Travel akan digunakan sebagai limousin eksekutif bagi perkhidmatan pelancongan yang disediakan syarikat tersebut.



Sumber

0 Response to "Mercedes-Benz Perkukuh Pelaburan"

Post a Comment