Hot !

Lelaki Mabuk Belasah Isteri Orang






Miri: Akibat mabuk, seorang lelaki cedera dilibas dengan parang selepas membelasah isteri rakannya sehingga pengsan alam kejadian di sebuah rumah pekerja di tapak binaan di Riam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa berusia 30-an ditumbuk di kepala dan muka bertubi-tubi sehingga pengsan manakala suaminya berusia 28 tahun terpaksa menyerang semula suspek bagi mempertahankan diri.



Suami wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek berusia 40-an yang memecah masuk kediamannya.



“Mulanya, saya cuba menenangkan rakan saya itu, namun dia bertindak agresif menyerang isteri saya. Saya terpaksa melawan bagi mempertahankan diri.

“Saya mengambil parang diletakkan di luar bilik dan melibas suspek sehingga cedera di rusuk kirinya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, di sini, semalam.



Menurutnya, suspek terbabit dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan selepas menerima panggilan kecemasan berikutan kejadian itu.

“Akibat pergelutan dengan lelaki itu, saya juga mengalami kecederaan di tangan dan kaki. Saya tidak tahu kenapa dia menyerang saya, namun ketika kejadian dia sangat mabuk,” katanya.



Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan kes berkenaan manakala keterangan wanita terbabit dan suaminya sudah diambil bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek ketika ini masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan stabil. -Hmetro Online

0 Response to "Lelaki Mabuk Belasah Isteri Orang"

Post a Comment