Gambar Hiasan |
Seorang posmen biasanya menghantar surat tidak kira keadaan cuaca hujan atau panas malah ada juga yang terpaksa bersengkang mata semata-mata menjalankan tugas pada waktu malam.
Namun lain pula ceritanya dengan Alex Douglas Douma, 27, dari pejabat pos di Eugene apabila menyimpan hampir 1,000 surat hanya kerana dia malas.
Surat berkenaan ditemui dalam dua tong di depan rumahnya Julai tahun lalu.
Kebanyakan surat itu ialah risalah iklan, namun ada juga kertas undian daripada pilihan raya pada Mei, selain lebih 200 surat kelas pertama dan biasa.
Douma mengaku salah semalam di Mahkamah Daerah Eugene dan diarahkan menjalani pengawasan selama setahun selain membayar denda AS$500 (RM1,800).
Ketika siasatan kes itu, Douma mengakui gagal melaksanakan tugasnya kerana terasa malas beberapa kali antara akhir April dan awal Julai tahun lalu.
Douma memohon maaf di hadapan Majistret Thomas Coffin dan berkata ketika itu dia tertekan dengan garis waktu ditetapkan majikan berikutan terpaksa memilih, mengasingkan dan menghantar surat.
“Saya tidak langsung berniat menyimpan semuanya,” katanya.
Pendakwa William ‘Bud’ Fitzgerald berkata, Douma melakukan jenayah apabila gagal melaksana tugasnya.
Sementara itu, ejen Pejabat Khidmat Pos Amerika Syarikat John Masters berkata pihaknya menganggap kesalahan dilakukan Douma sebagai amat serius. - AFP
0 Response to "Kisah Posmen Terlampau Malas Yang Anda Perlu Tahu"
Post a Comment