Bangsa Melayu benar-benar misteri. Tinggalan kehebatan Tamadun Kedah Tua di Sungai Batu semakin lama semakin kuat mengamit hati kita untuk mencari bangsa sendiri.
Bangsa kita yang pada hari ini paling banyak berniaga di pasar malam adalah bangsa yang pernah berdagang,berinteraksi dan menjadi perantaraan antara pedagang dari India dan China. Sebelum kedatangan penjajah, kita mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan pedagang dari negara-negara ini.
Negara kita membekalkan besi-besi hitam berkualiti.
Cari balik jatidiri bangsa. Mengapa setelah penjajah datang bersekali dengan kemasukan yang tidak terbilang sehingga kita menjadi majmuk membuatkan Melayu yang paling ketinggalan?
Jika kejutan budaya maka pelajari budaya yang baik. Tetapi budayamu masih kuat berakar umbi iaitu bertolak ansur dan sentiasa melakukan kerja dalam keadaan yang pada mata orang lambat tetapi pada mata kita 'tidak perlu cepat-cepat dan bersahaja'. Ubahlah kerana kita perlu bersaing. Di dalam persaingan itulah yang paling baik kerana jika kita mencapai A dalam bersahaja mungkin tiada A yang sesuai untuk kita jika kita 100 peratus berusaha.
Budaya dan sikap yang baik kekalkan kerana bukan tanggungjawab kita lagi menuntut mereka mengikut kita,berbuat seperti kita kerana mereka juga seharusnya belajar mendidik diri untuk sama-sama menghormati dan menghargai pengorbanan kita.
Siapa kata Melayu tidak hebat? 2200 tahun dahulu sebelum penjajah datang,kita berupaya menjaga industri peleburan besi dan pengeksportan hasil peleburan ini ke seluruh dunia.
Selama itu tiada tanda atau cerita-cerita serangan sehingga terjejasnya industri besar ini sekaligus memberi gambaran bahawa Melayu adalah bangsa yang kuat.
Melayu..kenali jatidirimu..punca kelemahan adalah apabila bangsamu tidak bersatu. Punca kelemahan juga apabila kita tidak memahami bangsa kita sendiri.
Bersama angin, bisikan bata-bata yang pernah ditelan bumi tetapi ini muncul dengan bergaya sekali mengucapkan kepada kalian..
Selamat datang kepada kisah kegemilangan bangsamu wahai Bangsa Melayu.
Kami tidak hilang kerana kami ada kamu (Melayu) sebagai penyambung warisan..
Sumber: https://www.facebook.com/sungaibatu500bc?fref=ts
0 Response to "Hebat, Tamadun Kedah Tua Ditemui Berusia 387 Tahun SEBELUM Nabi ISA Dilahirkan ?"
Post a Comment