Hot !

Buat Duit RM14 Juta Setahun Dengan Hanya Bermain Komputer Di Rumah

Pada tahun lepas kita dikejutkan dengan berita seorang budak berumur 8 tahun bernama Evan, yang berjaya buat duit sebanyak RM4.23 juta setahun melalui Youtube.

Pendapatan yang luar biasa lumayan tersebut beliau berjaya perolehi setelah tiga saluran YouTube beliau iaitu EvanTubeHD, EvenTubeRAW dan EvenTube Gaming mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun ia dimuatnaik.

Tengok tu.. Budak berumur 8 tahun pun boleh jadi jutawan.. Walaupun ibu dan bapa Evan banyak membantu beliau dalam membuat review, fotografi, video produksi dan menyunting rakaman video Evan untuk dimuatnaik ke Youtube. Tetapi secara tidak langsung kisah kejayaan Evan boleh menjadi satu suntikan motivasi kepada kita yang berminat untuk menjana pendapatan secara Online..


Buat Duit RM14 juta setahun dengan hanya bermain komputer

Berbalik semula kepada tajuk entri ini, iaitu tentang kisah seorang pemuda dari Sweden bernama Felix Kjellberg yang berjaya menjana pendapatan RM14 juta setahun (2.6 juta pound) dengan hanya bermain komputer.
 








Felix Kjellberg digelar 'Raja Youtube 2014' menerusi 4.1 bilion hit daripada lebih 33 juta pelanggan yang mengagumi aksinya menerusi kamera web 'PewDiePie'. Kini beliau dianggap sebagai generasi Youtube paling popular dan berpengaruh.








Sumber : Klik Di Sini

Akaun Twitter Felix Kjellberg mempunyai 5.06 juta pengikut

 

 


Melihat bilangan pengikut di akaun Twitter beliau, membuktikan beliau sangat berpengaruh di internet..


Sedikit Kisah tentang latar belakang pendidikan Felix Kjellberg


Felix Kjellberg mendapat pendidikan awal di Goterborgs Hogre Samskola iaitu antara kawasan terkemuka di Sweden.

Dalam temu bual majalah Ikon Dela Sidan, anak muda itu mengakui tidak memiliki persamaan dengan rakan sebaya ketika menuntut.

"mereka mahu berjaya dalam perniagaan, menjadi CEO dan jawatan seperti itu. Ia tidak menarik minat saya, lalu saya berhenti sekolah."

"Bukan mudah berterus terang dengan ibu bapa mengenai keputusan untuk berhenti belajar dan duduk di rumah bersama video rakaman serta bermain video"

"Malah mereka berpandangan duduk di rumah sambil bermain video tidak akan mengubah taraf kehidupan." katanya.


3 Cara Felix Kjellberg menjana Pendapatan yang lumayan melalui Youtube

Sedikit tips yang dapat saya kongsikan tentang tiga cara Felix Kjellberg berjaya menghasilkan duit melalui YouTube iaitu:

1# Memuatnaik video "let's play" di YouTube
Video "Let's Play" merupakan video yang menunjukkan anda sedang memainkan game tertentu. Untuk menghasilkan video ini, anda hanya memerlukan sebuah akaun Youtube, sebuah Software yang boleh merakam semua aktiviti di monitor anda ketika sebuah game sedang dimainkan, software untuk mengedit video, serta mikrofon (tidak wajib).

Semakin menarik dan bermanfaat video "Let's Play" yang anda sajikan, semakin banyak pula orang yang mengunjungi saluran anda. Jika anda berjaya memuatnaik video yang berkualiti secara konsisten, boleh manarik ramai pengunjung (penonton) untuk "subscribe" (melanggan) saluran anda.

Felix Kjellberg lebih dikenali dengan nama "PewDiePie" di Youtube. Sehingga kini, saluran YouTube "PewDiePie" sudah memiliki lebih dari 33 juta pengikut dan setiap hari menghasilkan puluhan juta views.

Terdapat tiga faktor yang berjaya melonjakkan channel "PewDiePie" di Youtube iaitu:
Video yang Unik (original)
Konsisten/berterusan
Interaktif.

Faktor pertama adalah keunikan. Video-video "PewDiePie" memiliki keunikan tersendiri. Nama beliau mulai dikenali ketika ia memuatnaik video ketika bermain game "horror". Reaksi ketakutan "PewDiePie" yang kelihatan lucu ternyata sangat disukai oleh pengikutnya, dan dalam masa yang singkat ia berjaya mendapatkan banyak subscribers. Menyedari kejayaan tersebut, "PewDiePie" menjadikan kesan lucu tersebut sebagai trandmark beliau ketika bermain game, dan beliau mengulangi perkara yang sama dalam video Let's Play, dan hingga sekarang strategi tersebut kelihatan sangat berkesan.

Faktor kedua adalah konsisten atau berterusan. Sejak beliau mula dikenali hingga sekarang, "PewDiePie" sangat aktif dalam memuatnaik video di Youtube. Hampir setiap hari, pengikutnya boleh melihat satu video baru menerusi salurannya. Ada masanya beliau memuatnaik 2 hingga 3 video sehari. Keadaan ini telah menyebabkan pelanggan salurannya berasa terhibur, menjadikan namanya semakin popular, dan berjaya menarik lebih ramai "subscribe" baru untuk menonton koleksi video yang terdapat di saluran Youtube beliau.

Faktor ketiga adalah interaktif, di mana anda seolah-olah melibatkan viewers anda di dalam video tersebut. Pada bahagian akhir setiap video, "PewDiePie" selalu mengajak pengunjungnya untuk memberikan maklum balas terhadap video-video tersebut. Kemudian beliau juga rajin membaca komen, kritikan, dan cadangan yang ditinggalkan oleh para penonton video beliau. Untuk memuaskan hati penontov video beliau, beliau rajin memberi maklum balas terhadap sebarang pertanyaan atau cadangan yang diberikan.

Melalui penggabungan ketiga-tiga faktor ini iaitu keunikan, konsisten dan interaksi telah menjadi kunci kepada kejayaan beliau menghasilkan pendapatan yang lumayan di Youtube. ;)

2# Membuat review tentang game tertentu
Video review biasanya mengandungi pendapat seseorang tentang kualiti sebuah game melalui pelbagai aspek seperti kualiti gambar, suara, gameplay, tahap kesukaran, dan lain-lain.

Ramai orang suka membaca/menonton review individu berbanding review yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar, kerana ia kelihatan lebih jujur dan lebih dekat di hati pembaca/penonton.

Ramai yang suka menonton review game yang dihasilkan oleh "PewDiePie". Video-video tersebut memiliki keunikan, konsisten, dan interaktif yang sangat tinggi di Youtube.

3# Membuat karya seni yang berkaitan dengan video game
Kaedah ini boleh dihasilkan sekiranya anda mempunyai bakat seni yang tinggi. Cara yang popular adalah dengan menyanyikan lagu soundtrack sebuah video game, dan kemudian memuatnaik video tersebut ke YouTube. Sekiranya ramai yang menyukai hasil karya seni anda, video anda akan menjadi popular dengan cepat, dan rezeki anda akan menyusul dengan sendirinya selepas itu.

Sebenarnya fenomena ini sedang melanda di Youtube pada masa sekarang ini. Cuba anda lihat di Youtube, dari sehari ke sehari semakin ramai individu yang cuba menyanyikan lagu-lagu popular dendangan artis-artis terkenal.. Kemudian mereka memuatnaik video tersebut di Youtube untuk meraih populariti. Hasilnya ada pendapatan yang mengalir ke akaun bank mereka.. ;) 


Felix Kjellberg Komited melakukan Kerja Amal dengan Pendapatan lumayan yang berjaya diperolehi

Ramai Jutawan komited melakukan kerja amal setelah berjaya meraih pendapatan yang lumayan. Begitu juga halnya dengan Felix Kjellberg. Beliau komited melaksanakan kerja amal dan menjana lebih 660,000 pound (RM3.2 juta) untuk disalurkan kepada pertubuhan seperti Save The Children, World Wildlife Fund (WWF) dan Charity Water.



 

0 Response to "Buat Duit RM14 Juta Setahun Dengan Hanya Bermain Komputer Di Rumah"

Post a Comment